Assalammualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulilah, bertemu kita dalam catatan terbaru pihak kami. Sebelum ini, kami ada menerangkan mengenai apa itu program Pembangunan Pelajar. Pada kali ini, kami akan berkongsi sedikit pengalaman program ini yang pernah kami lakukan di salah sebuah daerah Kemaman pada tahun 2014 walaupun program ini bukan dibawah Neo Ledge Point, namun hampir semua tenaga pengajar dibawah syarikat berada dalam program
Idea asal program ini dicetuskan oleh Pengarah Urusan sendiri, ketika beliau menjadi Pengerusi Almuni Pelajar SMKC untuk membantu meningkatkan motivasi pelajar Tingkatan 6 ketika itu. Ketika itu, pelbagai komen serta masalah oleh guru dalam menghadapi pelajar-pelajar tingkatan 6 ketika itu sedikit menurun dari sudut keputusan serta displin berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bermula dengan cadangan program yang dipanggil "MISI KE UNIVERSITI" dengan melatakkan beberapa objektif utama dalam program ini. Antaranya adalah
1. Meningkatkan semangat dan motivasi dalam diri pelajar
2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dikalangan peserta
3. Membantu/menerangkan serba sedikit mengenai dunia universiti
Alhamdulilah, program ini berjalan dengan baik dengan sokongan penuh pihak sekolah serta tajaan dari 2 syarikat iaitu Imbasan Nilai dan EPIC. Program ini mengetengahkan beberapa elemen yang tidak dijangka oleh pihak sekolah sendiri pun. Antaranya adalah
Gambar 1 : Motivasi Kegagalan Sebenar Pelajar Tingkatan 6
Gambar 2: Keyakinan dan Komunikasi Dalam Diri
Gambar 3 : Permainan Aplikasikan Pembelajaran
Gambar 4 : Persaingan dan Strategi dalam kelompok kecil
Gambar 5 : Permaian Membina Minda
Semua aktiviti serta program yang dirancang ada sebab dan tujuan tertentu. Anda boleh merujuk melalui Facebook Page Rasmi kami. Disitu kami menerangkan tujuan utama mengapa dan sebab kami melaksanakan program ini secara panjang lebar mengikut aktiviti serta modul yang kami pernah laksanakan.
Kami sedar, bahawa tidak semua aktiviti serta modul yang diterapkan tidak dapat diterima oleh pihak guru mahupun pengurusan sekolah, namun apa yang penting objektif utama kami adalah bagaimana meningkatkan motivasi dalam diri pelajar selain daripada ceramah semata-mata. Kami memandang sudut yang lain agar peserta yang terlibat mampu mencapai kejayaan.
Program ini juga, kami menguruskan daripada awal sehingga tamat program bagi memastikan program berjalan dengan baik. Ini merupakan jaminan kami, sekiranya kami diber peluang untuk melaksanakan program di sekolah lain
Sampai disini sahaja catatan kami pada kali ini. Diwaktu lain, kami akan menceritakan "Pelajar Gagal : Adakah Pengakhiran Diri Sendiri". Insya-allah akan kita berjumpa pada waktu lain.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Comments
Post a Comment