Apa Maksud Neo Ledge Point?

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulilah, bersyukur kepada Alah S.W.T kerana kita dapat bertemu dalam tulisan pada kali ini. Dalam bulan november dan disember ini, adalah musim tengkujuh bagi pantai timur. Saya berharap agar semua penduduk Kelantan, Terengganu dan Pahang agar berhati-hati serta selalu berwaspada terutama pada musim banjir.

Pada tulisan kali ini, saya ingin memberi sedikit penerangan maksud Neo Ledge Point. Ramai tanya pada saya, apa maksud syarikat kami? Ramai konsultant menggunakan nama-nama arab dalam mereka nama syarikat. Namun, kami melihat "something new" dalam nama syarikat melibatkan konsultant. Maksud nama syarikat kami seperti berikut

1. Neo : New (Baharu)
2. Ledge : Knowladge (Pengetahuan)
3. Point : Sasaran (Pencapaian Kami)

Nama syarikat kami diambil dalam bahasa Mexico dan Sepanyol. Nama diberikan oleh salah seorang pengasas syarikat iaitu En. Muhammad Aziq Aznil ketika berbincang untuk menubuhkan syarikat disebuah kedai makan di daerah Kemaman. Walaupun nama nampak canggih, namun penerimaan syarikat saya agar kurang impak kerana ramai warga pendidik nampak bahawa kami menjual barangan. Namun, saya sedar untuk mengukuhkan jenama syarikat saya perlu bekerja keras dalam memastikan syarikat saya diterima oleh orang ramai


Kini, syarikat kini sudah masuk tahun ke-3 penubuhan. Pada tahun 2018, kami sedia menggegarkan sekolah-sekolah seluruh Malaysia dalam melaksanakan pelbagai program dalam memastikan program yang dijalankan mengikut perkembangan pendidikan masa kini. Insya-allah

Tamat sahaja tulisan saya pada kali ini, kita akan berjumpa untuk kuliah agama setiap khamis malam jumaat atau pagi jumaat. Insya-allah. Sekian, Assalammualaikum dan Selamat Beristirehat Semua

Ikhlas Daripada

Ahmas Raffaieen Bin Mohamad
Pengarah Urusan
Neo Ledge Point : Training & Education Consultant

Comments