Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Berjumpa lagu kita dalam posting kami yang terbaru. Semoga saya harap semua sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.
Hari ini, kami ingin menerangkan apa itu silent motivation atau motivasi dalam diam. Ramai guru-guru tertanya-tanya apakah motivasi dalam diam, ada juga kaunselor sekolah juga mengkritik cara kami melaksanakan sistem ini kerana tiada teori di dalam Malaysia menerangkan apa itu motivasi dalam senyap. Ada juga guru-guru suka dengan cara kami kerana pelajar mereka tidak mengantuk serta mendapat manafaat dalam program ini.
Motivasi dalam senyap adalah satu cara motivasi dalam bentuk aktiviti dimana pelajar akan menerima motivasi atau pengajaran dalam aktiviti yang dijalankan, disamping tidak memberi ceramah secara panjang, hanya memberi point-point sahaja. Banyak negara telah melaksanakan sistem ini terutama negara maju dalam bidang pendidikan seperti Australia, Finland, Nonway serta negara-negara lain (boleh rujuk link ini : https://www.facebook.com/pg/Pedagogiadascores/photos/?tab=album&album_id=1149285925127819)
Kenapa kami menggunakan pendekatan ini sedangkan sekolah di Malaysia selesa dengan pendekatan yang lama iaitu ceramah? Kami jelas dengan konsep kami bahawa, dengan perkembangan pendidikan yang semakin kompleks dan mencabar, pendekatan ceramah sahaja tidak cukup bagi peserta yang terlibat mendapat sesuatu, tetapi apabila digabungkan kedua-duanya, insyaallah peserta akan belajar sesesuatu dengan program yang dijalankan. Kami sedar dengan cabaran ini kerana kebanyakkan sekolah tidak dapat menerima konsep ini kerana sudah berpuluh tahun sekolah menerima konsep yang sama, tetapi kami sedia menerima cabaran bagi memastikan konsep yang dibawa mampu memberi impak kepada pendidikan di Malaysia.
Ada contoh ke silent sistem "silent motivation" ini? Untuk pengetahuan semua, kami pernah melakukan program ini disebuah sekolah di Kemaman, Terengganu yang dipanggil "Misi Ke Universiti" pada tahun 2014 dan 2015. Namun ketika itu kami melakukan dibawah Persatuan Alumni Sekolah. Disitu kami menguji beberapa aktiviti yang sesuai untuk modul ini. Antaranya adalah :
Gambar 1 : Sasaran Saya (Meletak Target Peperiksaan Diri)
Gambar 2 : Survival Arena (Aplikasikan Pembelajaran dalam Permainan)
Gambar 3 : Untung & Rugi (Menguji Permainan Angka)
Gambar 4 : Kalah atau Menang (Permainan Silap dan Kesilapan Dalam Belajar)
Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang kami pernah lakukan. Kenapa nampak sikit, jangan risau kami ada lebih 50 aktiviti yang ada dalam modul ini. Ini sekaligus pilihan serta permintaan pelanggan kami akan laksanakan mengikut kesesuaian. Dalam modul ini juga, tenaga pengajar akan memberitahu kenapa dan sebab aktiviti ini dilakukan, bagi memastikan aktiviti yang dijalankan difahami dengan baik oleh peserta.
Adakah pelajar yang terlibat berjaya selepas itu? Ini persoalan yang ramai tanya kepada kami. Pada program " Misi Ke Universiti" ini, 40% peserta yang terlibat pada tahun 2014 & 2015 berjaya memasuki Univesiti antaranya adalah
Gambar 5 :
Muhammad Zakaria
Peserta Misi Ke Universiti 2015
Melanjut Pelajaran Ke UNIZA
Gambar 6 :
Nadirah
Peserta Misi Ke Universiti 2015
Melanjut Pelajaran Ke UiTM Shah Alam
Gambar 7 (Berbaju Merah Kuning) :
Muhammad Najmi
Peserta Misi Ke Universiti 2014
Melanjut Pelajaran Ke UPSI
Gambar 8 (Berbaju Merah Jambu)
Muhammad Luqman
Peserta Misi Ke Universiti 2015
Melanjut Pelajaran Ke UKM
Ini merupakan sebahagian yang sudah memasuki ke universiti. Ini merupakan matlamat kami dalam melaksanakan mana-mana program. Modul yang kami perkenalkan ini sedikit sebanyak mampu memberi impak dalam diri peserta
Ini sahaja catatan kami mengenai "silent motivation" kepada anda. Insya-allah kita akan berjumpa lagi dalam catatan akan datang. Sekiranya ada persoalan, boleh menghubungi kami di talian 013-9629087 atau melalui facebook kami di "Neo Ledge Point : Training & Resources
Sekian,
Assalammualaikum dan Jumpa Lagi
Neo Ledge Point : Training & Resources
"We Are Ready, Any Time Any Places"
Comments
Post a Comment