Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulilah, berjumpa lagi kita dalam post saya pada hari ini. Saya berharap semuanya sihat sejahtera disamping orang yang tersayang.
Hari ini saya akan berkongsi mengenai cabaran dan rintangan yang syarikat saya lalui sepanjang 2 tahun bergerak sebagai konsultant pendidikan. Saya pada awalnya tidak menyangka bahawa saya akan membuka syarikat ini bagi membantu anak bangsa kita dalam meningkatkan motivasi pelajar. Sebelum saya menghabiskan belajar saya di peringkat Master, saya berniat untuk menjadi pensyarah di kolej swasta. Namun, hajat saya terbantut kerana tiada satu pun kolej-kolej swasta berminat mengambil saya menjadi pensyarah. Saya menganggur hampir 1 tahun mencari pekerjaan disamping saya membantu sekolah saya dalam program-program alumni. Namun, selepas peristiwa yang tidak diingini berlaku pada tahun 2015 sehinggakan program tersebut batal serta merta ketika peserta baru sahaja sampai ke tempat program tidak sampai 1 jam (saya tidak boleh cerita kerana banyak faktor perlu dirahsiakan), saya berfikir sejenak di tepi pantai, sampai bila saya perlu bantu orang, tetapi saya tidak pernah membantu diri sendiri, orang lain tidak membantu kita, sedangkan kita bersungguh-sungguh membantu orang. Dengan peristiwa itu, saya dan rakan-rakan saya menubuhkan syarikat ini dengan harapan saya dapat membantu ramai orang dan tidak tertumpu skop yang kecil seperti sekolah lama saya sahaja.
Namun, dalam pertengahan jalan, syarikat saya mengalami banyak masalah sehinggakan ramai rakan-rakan saya meninggalkan syarikat saya, saya tidak mempunyai projek hampir 10 bulan, dan saya tidak mempunyai apa-apa dalam poket saya termasuk duit (duit BRIM sahaja saya terima ketika bulan syawal). Saya berfikir sejenak, adakah saya silap langkah dalam membuat pemasaran mahupun faktor lain?. Kemudian, saya mengikuti kursus anjuran MDEC dibawah program Usahawan Digital dan saya mendapati saya banyak membuat kesilapan dalam membuat tawaran pada pelanggan saya kemudian saya menyusun semula syarikat saya dengan membuat beberapa perubahan dengan harapan syarikat saya mampu bergerak aktif seperti mana syarikat konsultant lain
Gambar 1 : Ketika Mengikuti Kursus Usahawan
Sepanjang 9 bulan saya menyusun kembali syarikat, pelbagai cabaran yang saya hadapai antaranya kurang sokongan keluarga, kawan-kawan susah bersama tidak wujud, digelar tidak matang oleh rakan-rakan sekolah terdahulu kerana setia dengan sekolah, saya pernah dihalau serta diejek oleh sesetengah guru atas usaha saya sehinggakan saya hampir putus asa dalam bidang ini. Namun, setelah berjumpa dengan seorang rakan saya yang merupakan satu kelas dengan adik saya ketika di tingkatan 5, beliau mengajar saya teknik yang digunakan oleh usahawan berjaya dan dari situ faham bahawa kalau saya berhenti sekarang, saya akan gagal selama-lamanya. Beliau menasihatkan saya membuat tawaran paling murah berbanding syarikat lain bagi memperkenalkan syarikat saya kepada orang ramai,
Bulan 12, saya mula membuat promosi kepada sekolah dengan pelbagai cara. Alhamdulilah, bulan 1 saya sudah menerima call dari salah sebuah sekolah agama di Terengganu untuk mengambil syarikat saya dan menerima program sehingga bulan 3 baru ini yang berlansung di EcoCare. Kadang-kadang saya terfikir, cantiknya perjalanan Allah S.W.T menyusun perjalanan kita agar kita sedar siapa diri kita. Allah S.W.T bagi kita susah dahulu, senang kemudian.
Gambar 2 : Program Pertama dan Team Neo Ledge Point Yang Baru
Kini, saya dan rakan-rakan saya yang lain sedang menyusun modul baru serta program yang bersesuaian dengan jadual sekolah sepanjang tahun ini. Saya juga perlu faham kehendak pelanggan saya agar syarikat saya mampu bergerak seiring dengan syarikat konsultant yang lain. Insya-allah. Cuma satu nasihat dari saya, jangan nilai seseorang dengan peribadi yang terdahulu, tetapi ukur kejayaan seseorang pada masa kini
Sampai disini sahaja coretan saya pada hari ini, insya-allah kita akan berjumpa dalam post pada lain waktu, Sekian, Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia
Ahmas Raffaieen Bin Mohamad
Pengarah Urusan
Neo Ledge Point : Training & Resources
Comments
Post a Comment