Program Pembangunan Pelajar : Persoalan dan Penerangan


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Berjumpa lagi dalam posting kami yang terbaru. Alhamdulilah, dengan kesihatan yang diberikan oleh Allah S.W.T, dapat kami menulis serta memberi penerangan dalam blog ini. Hari ini kami akan menerangkan serba sedikit mengenai program Pembangunan Pelajar yang merupakan salah satu produk baru kami

Ramai orang luar disana bertanya pada kami, apa itu program Pembangunan Pelajar? Adakah program membentuk pelajar dengan cara baru atau membangunkan pelajar dengan cara kami?
Tidak, sebenarnya program Pembangunan Pelajar adalah program berbentuk seperti kem motivasi pelajar seperti dilakukan oleh mana-mana syarikat konsultant mahupun pihak sekolah lakukan, tetapi kami mengubah format dan modul yang sesuai mengikut perkembangan pendidikan kita yang semakin kompleks serta mencabar.

Kenapa kami mengubah pendekatan kem motivasi?
Kami berpendapatan bahawa jika kami menggunakan format kem motivasi dimana 90% adalah dalam bentuk ceramah, maka tiada keistimewaan dalam program kami. Kami juga menekankan bahawa pendekatan yang sesuai digunakan keatas masalah pelajar yang dihadapi terutama pelajar yang lemah dalam pelajaran. Setiap peserta yang terlibat, kami akan melihat dahulu keputusan peperiksaan sebelum program dijalankan, maka kami akan menggunakan beberapa pendekaran yang sesuai untuk meningkatkan motivasi dalam diri pelajar

Kelompok mana yang sesuai untuk menyertai program ini?
Kelompok atau pelajar yang sesuai untuk program ini bermula darjah 4 sehingga tingkatan 6. Bilangan tidak menghadkan. Namun, untuk keberkesanan program, kami syorkan peserta dibawah 120 orang. Kelompok pelajar yang lemah dalam pelajaran adalah diutamakan kerana itu matlamat utama program ini untuk membangun atau bangkitkan kembali semangat motivasi pelajar


Siapa fasilitator atau tenaga pengajar dalam program ini?
Untuk makluman semua, semua fasilitator atau tenaga pengajar kami mempunyai bidang pengalaman yang luas dalam bidang konsulatant malah ada sesetengah fasiliator kami sedang belajar dalam bidang ini. Antaranya adalah:


Nama : Ahmas Raffaieen Bin Mohamad
Pendidikan : 
1. Sarjana Sains Sosial (Sains Pembangunan), UKM
2. Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial), UMT
Pengalaman : 9 Tahun


Nama : Muhammad Redwani Bin Mohd Jasni
Pendidikan :
1. Sarjana Sains (Fizik), UKM
2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Instrumentasi), UMT
Pengalaman : 10 Tahun


Nama : Nur Farizan Binti Mohd
Pendidikan :
1. Sarjana Muda Bioteknologi, UIAM
Pengalaman : 3 Tahun



Nama : Hasrul Ami Nor Bin Ab Rashid
Pendidikan :
1. Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)
Pengalaman : 5 Tahun

Ini sebahagian fasilitator dari pihak kami. Walaupun pihak kami tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan, namun kami mempunyai pengalaman dalam program team building dan motivasi pelajar sebelum ini

Adakah pihak syarikat boleh menguruskan kem diluar kawasan sekolah?

Untuk pengetahuan semua, kami boleh menguruskan kem ini diluar kawasan sekolah. Walaubagaimanapun, kos akan bertambah berdasarkan caj yang dikenakan oleh pengurusan kem. Namun, pada tahun ini caj perkhidmatan tidak dikenakan oleh pihak kami. Kami hanya mempunyai satu tempat sahaja yang sudah menjalinkan kerjasama dalam pengurusan kem diluar sekolah iaitu Pusat Penyelidikan Alam Sekitar EcoCare, Kerteh Terengganu. Harganya seperti berikut


Namun, pihak kami sedang berusaha mencari kem yang lain bagi memastikan pihak anda mempunyai banyak pilihan dalam melaksanakan program dimasa akan datang. Untuk pengetahuan juga, harga masih boleh runding mengikut kemampuan pihak anda

Adakah pihak syarikat akan melakukan pemerhatian terhadap peserta selepas tamat program ini?

Untuk makluman, untuk program pembangunan pelajar yang dilakukan lebih 1 hari, pihak fasiliatator yang dilantik akan memantau peserta selepas tamatnya program, bagi memastikan peserta terus diberi motivasi dan kata-kata semangat kepada peserta yang terlibat. Ini merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam program ini. Ini jaminan kami

Ini merupakan sebahagian daripada persoalan-persoalan dan jawapan bagi menerangkan Program Pembangunan Pelajar ini. Post kami seterusnya akan menunjukkan salah satu program Pembangunan Pelajar sebelum ini yang pernah kami laksanakan di salah sebuah sekolah di Kemaman, Terengganu.

Sekian, 

Assalammualaikum dan Terima Kasih

Neo Ledge Point : Training & Resources

Comments