Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulilah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana diberi kesempatan kita bernafas. Sebelum saya mulakan perbincangan kita hari ini, saya mengucapkan selamat cuti sekolah, moga anda semua membuat aktiviti bersama dengan anak-anak anda. Hampir satu tahun lebih saya tidak menulis blog ini disebabkan kesibukkan saya serta menyusun semula syarikat saya agar lebih mesra dengan pelanggan-pelanggan saya
Ramai guru-guru bertanya kepada saya, apakah pendekatan syarikat ini dalam memberi motivasi kepada pelajar-pelajar terutama pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Apakah saya menggunakan teknik lain bagi memberi motivasi kepada anak murid? Kerana apa yang pihak kami lakukan sedikit berbeza, dan kadang-kadang tidak dapat diterima oleh guru-guru yang sudah biasa 100% menggunaka teknik ceramah motivasi. Saya akui, pekara ini pihak kami tidak menekankan kerana semua tenaga pengajar bukanlah dikalangan guru mahupun mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan lebih dari 5 tahun. Selain itu juga, saya serta rakan-rakan tenaga pengajar yang lain bukanlah pakar motivasi seperti Prof.Dato. Dr Fadzilah Kamsah, Dr Syukri, Prof. Dr. Muhaya, serta lain-lain. Namun saya dan rakan-rakan yang lain optimis dengan pendekatan kami yang kami memperkenalkan selain kami membina sendiri modul serta cara kami dalam menyampaikan maklumat serta penyampaian kami dalam memberi motivasi disamping menjemput beberapa guru kuanselor yang berdaftar turut serta dalam program kami.
Seperti contoh :
Gambar 1 : sasaran masa hadapan
Gambar 2 : si gagak minum air
Gambar 3 : kalau Aku Perancang Negara
Ini merupakan sebahagian aktiviti dalam modul "motivasi senyap" dengan harapan peserta yang terlibat bakal menerima manafaat bersama walaupun tenaga pengajar bakal menerangkan sebab dan kenapa peserta perlu lakukan serta perubahan dalam diri yang perlu dilakukan.
Diharap penerangan yang saya lakukan bakal mengubah pandangan anda terhadap modul serta pendekatan kami dalam memberi motivasi kepada anak murid anda. Insya-allah. Saya juga memaklumkan bahawa kami akan memperkenalkan program baru yang dipanggil "Program Pembangunan Pelajar". Program ini saya bakal memberi penerangan dalam catatan seterusnya. Insya-allah
Sekian sahaja catatan saya ini, insya-allah kita bakal berjumpa dalam catatan seterusnya.
Assalammualaikum
Ahmas Raffaieen Bin Mohamad
Pengarah Urusan Neo Ledge Point : Training & Resources
(Master Of Social Science)
Comments
Post a Comment